Pages

Thursday, June 30, 2011

Di Kala Sendirian....

Masa duk seorang diri ni terasa bosan yang amat, maklumlah dah nak hujung minggu ramai yang balik kampung,teman rapat balik, teman sebilik pun balik kampung..lagilah terasa.sob sob sob..Macam mana aktiviti harian sepanjang seorang diri ni?? Hurm, untuk hilangkan bosan ni, rasa nak menulis blog, tapi tak ada idea.zero! So, geledah punya geledah dalam Pink Mera, adalah gambar2 kat bawah ni.. Hurm, upload aje lah apa yang ada...Janji dapat mengisi waktu terluang sebagai seorang diri.hik..cakap sensorang dalam hati.Haiya..

Cuba teka apa yang diluar tingkap ni? Macam bintangkan? Bintang-bintang yang meletup?

Inilah bintang-bintang tersebut setelah habis meletup..keadaan sudah reda

Owh tidak! Meletup lagi!

Heee, actually, bintang-bintang tadi adalah bunga api.. cantikkan?

Waa, cantiknyaa..bunga api ni sempena adanya pelancaran perasmian or penutupan (xsure) sukan di stadium usm...
Sempat tu ambil gambar, sebab tengah pegang Pink Mera.. dalam bilik 

Ok, "mesyuarat tingkap" sudah selesai, sekarang nak talk pasai dalam class pula..
Ini sebahagian pelajar-pelajar phd dan master dalam bidang saya..masa ni class pasai tesis dan pembentangan proposal student phd..takuuttt

Mereka disebalik buku..hik

Barisan pensyarah dan pelajar sedang FOKUS dan SERIUS berbincang.. meja depan ni fokus juga..he, tapi tak faham bila lebih mendalam, tinggi bebenor skop kajiannya..Awal2 je faham..

Antara slide pembentang proposal yang sedikit ada kaitan dengan tesis saya iaitu tadbir urus

Saya sebagai pemerhati suasana~hee..

Salah satu page proposal saya berkaitan pernyataan masalah kajian

Ok, cerita dalam class sudah selesai. Now, nak cerita tentang meja study pula. Tak adalah nak bercerita melalui tulisan sangat, cuma cukuplah gambar sahaja yang menceritakan keadaanya..

Inilah keadaan meja study saya.. Masa ni  bersepah tak payah cakaplah. Masa ni tengah siapkan proposal tesis. Dah malam pun, tahlah pukul berapa..kureng mengingati pula~

Sebahagian nota/buku yang di fotokopi. Sudah tak ada tempat nak letak mereka, terpaksa letak kat atas lantai sebelah meja~ ciankan!

Sebahagian buku yang kena dibuka..huhu buka je ke? Belek je boleh? Erm..nak habis cepat ke nak habis lambat ni belajar? So...?

Eh..pic ni bukan sama ke ngan pic kat atas? oopsss

Kat dinding meja study, benda yang bertampal hanya lirik lagu ni.. Time give up & fed up saya tenunglah lirik nih. Nyanyian oleh Raihan~ 

Bahagian belah kanan meja study: Sebuah buku pembangunan, tesis phd (dua yang tebal tu) dan disertasi master (yang warna hijau dan hitam tu). Yang warna hijau tu disertasi saya bertajuk "Persepsi Beberapa Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terpilih Terhadap Islam Hadhari". Saya interview 12 orang ahli pas tertinggi dari Pas Pusat dan Negeri Pahang. Saya mengkaji faktor-faktor PAS menolak Islam Hadhari. Hasilnya, ada 6 faktor.. Nak tahu kena bacalah..he

Buku-buku dalam beg kertas ni, dah berapa kali renew kat perpustakaan. Dah xlarat nak bawa keluar dari beg kertas ni.. Lagi satu dah xdek tempat nak letak. Rak buku kat atas pun dah tak muat! Tapi xdek la buku yang banyak kat rak tu, benda2 lain.ahahahaha.adois!

Ok. kepada para pejuang semua..selamat maju jaya dan berbahagialah dengan cita-cita kita walaupun ada pahitnya, ada susahnya, ada sakitnya, ada masinnya & ada tawarnya. Semoga itu membawa kita lebih dekat kepada-Nya kerana setiap permasalahan bila diadukan kepada-Nya, insyaAllah ada jalannya. Big Smile from me :-D

No comments:

Post a Comment