Pages

Sunday, April 24, 2011

Maksud Masuk Syurga Sebab Rahmat Allah S.W.T

Alhamdulillah .. seorang ustaz telah menerangkan kepada saya dan hadirin yang lain dalam kelasnya tentang rahmat Allah yang sebelumnya saya tersalah faham maksudnya.

Maksud masuk syurga sebab rahmat Allah ialah seseorang itu masuk syurga bukan sebab amalan yang banyak dilakukannya. Sebagai contoh kisah seorang hamba Allah yang siang malamnya bertapa untuk beribadat kepada Allah sehingga Allah menyediakan buah untuk dipetiknya untuk makan. Setelah itu ia dimasukkan ke syurga bukan kerana amalannya, tapi kerana rahmat Allah semata2.(Sila cari untuk baca lebih lanjut sebab saya tak berapa ingat).


Kemudian dengan kisah seorang pelacur yang memberi minum seekor anjing masuk syurga kerana rahmat Allah..

Dalam satu hadith Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak akan masuk syurga seorang dari kamu disebabkan amalannya”. Para sahabat lantas bertanya: Termasuk kamu Ya Rasulallah?” Jawab baginda: “Ya, termasuk daku melainkan Allah melimpahi daku dengan rahmat dan kelebihanNya”.

Sungguh, amalan kita jikalau nak dibandingkan dengan syurga yang dijanjikan belum cukup untuk mendapatkan walau sebutir pasir yang terdapat di dalamnya. Bahkan jikalau hendak dibandingkan dengan nikmat-nikmat dunia pun, belum cukup untuk menebus sebahagian darinya. Nikmat penglihatan, pendengaran, makan, minum, hidup, bernafas, bergerak, bercakap dan lain2..

“Seandainya kamu mahu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak dapat menghitungnya”

Justeru, Rasulullah s.a.w menyatakan kepada kita bahawa kita tidak akan masuk syurga dengan amalan tetapi dengan rahmat Allah.

Cukuplah 2 kisah dan 1 hadith di atas menyebabkan saya tersalah tafsir maksudnya..Yang saya fahami kalau bukan kerana amalan kita masuk syurga melainkan rahmat Allah, tak payah lah kita menambah amalan2 baik, mengekalkan amalan2 baik, pendek kata terlalu menegak amar makruf nahi mungkar dan terlalu bersifat mahmudah dan beramal takwa setiap masa.

Tapi selepas saya fahami makna yang tersiratnya.. saya seperti terhantuk dan merasai diri sangat jahil, sangat hina dan sangat kerdil di Sisi-Nya..

Walaupun seseorang itu bukan masuk syurga bukan kerana amalannya tetapi sebab rahmat Allah, siapalah kita untuk mendapat rahmat-Nya jika telah mengetahui bahawa perkara ini salah perkara ini betul, yang ini halal yang itu haram kerana telah sampai Islam itu kepada kita namun kita masih melakukan perkara yang salah dan haram itu.Malahan tidak menambah baik amalan kita.

Rahmat untuk masuk ke syurga bukanlah senang untuk seseorang hamba dapat milikinya kerana untuk mendapat rahmat itu kita terlebih dahulu perlu terus-menerus mendekati-Nya dengan taat melalui amalan2 yang Islam ajar. Bukan senang kepada sesiapa yang menderhakai-Nya dengan mudah mendapat rahmat-Nya melainkan murka-Nya.

Pendek kata bagi mendapatkan rahmat Allah adalah dengan cara beribadah kepada-Nya. Melakukan ibadah pula perlu ikhlas kerana-Nya. Walaupun susah kadang2 untuk ikhlas tiada masalah kerana jika sudah berniat dan sentiasa dilakukan insyaAllah akan mendatangkan ikhlas kerana sudah terbiasa.

Hakikatnya, semua kita memang tidak layak masuk ke syurga Allah kecuali dengan rahmat Nya. Kita tak akan mampu ke syurga kerana amalan baik yang kita lakukan. Sebanyak manapun amalan baik kita, itu bukan sebab untuk kita layak masuk ke dalam syurga. Ini kerana mungkin amalan2 baik yang dilakukan itu kadang2 bercampur baur dengan riak, tidak ikhlas, menunjuk2, ada menyakiti hati orang lain, memutuskan tali persaudaraan, mengumpat, syirik kecil,amalan yang tidak berkualiti (tidak kusyuk), tidak mengamalkan ilmu yang diketahui, berhutang dan lain-lain..


Renung2kan dan selamat beramal...Semoga diberi kemenangan.Amin


No comments:

Post a Comment