Pages

Sunday, April 24, 2011

Bila Ada RASA Negatif....

Aku nak share sedikit beberapa perkara yang aku lakukan bila ada RASA-RASA negatif yang menghinggapi dan menyulami hati dan minda ini.. Rasa2 negatif tu seperti stress, jiwa kacau, sad, rasa lonely dan lain2 yang tak best..


Perkara pertama yang aku buat ialah sabar & ingat Allah S.W.T dgn pelbagai cara seperti ngaji, membayangkan syurga dan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W, membaca blog agama dll...





Perkara kedua ialah keluar bersama my fren jenjalan tgk keadaan sekeliling, lihat kehidupan orang lain dan tgk2 barang jer (sebab tak RASA barang2 tu cantik walaupun sebelum2 nya tgk cantik.. )



Perkara ketiga ialah menangis sepuas-puasnya sampai tak nak nangis dah, kira puas la tu.he memang tenang la pas tu..rasa lega..



Perkara keempat ialah pergi bersenam sama ada sendiri or ngan my fren kat sekitar usm or hostel ni. Yang best sekitar hostel ku ada gym di taman n berbukit.





Perkara kelima ialah menonton running man yang best, kelakar n wat i RASA nak berlari bersama2 mereka.hee, menonton family outing yang juga kelakar, ada RASA kekeluargaan n wat i nak pergi ke tempat mereka, menonton cerita2 korea yang best, dan filem2 yang lain kat miss Sinar Permata (nama laptop)dan menonton TV.




Perkara keenam ialah search ceramah2 yang best terutama dari Ustaz Kazim Eliaz. Ustaz Kazim best, beliau cakap benda simple tapi sangat bermakna dan sangat penting, mudah di fahami dan terhibur dengan cara penyampaiannya yang bercampur seperti bersahaja, tegas, serius, lawak, dan lain2..


Perkara ketujuh ialah menelefon family and my closefrenz..


Perkara kelapan p kedai2 buku yang berhampiran untuk beli buku2 or majalah baru yang best or p library belek2 buku dan ambil aura belajar..semangat betul la pastu.



Perkara kesembilan ialah TIDUR..tidur tak kira masa n tempat kadang2 atas katil, kadang2 atas kerusi beralaskan buku2 dan laptop..Lepas bangun mmg hilang stress la..hehe. Sebab tu le aku ni makin kuat tidur sejak2 lanjut pelajaran nie. banyak stress banyak lak tidur..tidur pun da tak menentu. Ni memang tabiat yang kureng elok yang tengah aku cuba manage tapi selalu je fail..So bek aku ikut je arus.



Perkara kesepuluh ialah...aku mik mekap2 dalam simpanan aku dan mula merias2..hehehe.belajar mekap sendiri via bahan2 yg ada.Dari kecil sejak sekolah rendah lagi aku suka sangat bab2 nie.Yelah perempuankan..Aku tak reti mekap org, tapi bila org suh aku mekap kan je lah..Tapi sejak2 ni aku da kureng mekap cam dlu sebab menjaga.. Biarlah aku belajar sekarang untuk suami nanti(Ooooppsss)



Perkara kesebelas ialah BALIK KAMPUNG..inilas saat2 yang paling best sekali bila berbulan2 tak balik rumah..

Perkara kedua belas ialah MAKAN dengan kusyuk nyer..

Ok, ni antara perkara2 yang dilakukan untuk menghilangkan RASA-RASA negatif, ada lagi yang lain tapi nak simpan dulu..erm..Perkara2 ni takde la dilakukan serentak..ikut mudlah juga nak b buat yang mana dulu or yang kemudian..Seswailah ngan alasan BILA ADA RASA...

No comments:

Post a Comment