Pages

Thursday, March 24, 2011

KasuT

Ok, hari ni nak cerita sikit bagaimana kasut boleh memberi motivasi kepada manusia, terutama dalam membina jiwa serasi yang ditulisan oleh Dr. Hm Tuah Iskandar.

Apabila kita mula memakai kasut baru, kita akan merasai satu kelainan. Ianya amat berbeza dengan kasut yang lama walaupun sebenarnya kasut itu telah rosak. Kita seakan-akan terpaksa memakai kasut yang baru walaupun kasut yang baru ini terasa agak sempit, apabila dibawa berjalan terasa seperti kaki kita sedang didera dan diseksa yang teramat sangat.

Namun begitu lama kelamaan kita merasa selesa pula dengan kasut berkenaan. Kita pun menjadi hairan bin ajaib kerana kasut yang dahulunya terasa sempit dihujung telah tiada kerana hujung kasut berkenaan sudah semakin kembang. Kini kasut baru berkenaan telah tiada beza lagi dengan kasut kita yang lama dahulu. Bagaimanakah ianya boleh terjadi sedemikian? Bagaimanakah kasut berkenaan boleh berkembang?

Rupa-rupanya apabila kita amati, bukan kasut itu yang berkembang atau kaki kita yang mengecil tetapi talinya yang semakin memberi. Dahulu sewaktu mula-mula kita memakainya, kita mengikat dengan kemas dan kejap, sesuai sebagai kasut baru, maka kita rasai beberapa keburukan, tetapi apabila selalu digunakan dan talinya semakin melonggar dan memberi, kesudahannya kita sudah dapat rasai keselesaan yang asal.

Begitulah KASUT bertoleransi dengan kita, untuk memberikan kita keselesaan dan keserasian. Ia melonggar dengan sendiri mengikut pergerakan kaki dan kekerapan ianya digunakan. Semakin kerap ianya digunakan semakin ia memahami keperluan kita dan kita pun semakin selesa dan terus selesa sehinggalah sampai masanya nanti kasut itu hendak dibuang kerana telah rosak, kita tetap berasa saying dan seperti tidak mempercayai akan dapat kasut yang cukup memahami seperti itu lagi.

Hidup ini begitulah, ibarat memakai kasut baru. Mula-mula menempuh alam baru pekerjaan, pelbagai ketidakselesaan akan dirasai, tetapi lama-lama nanti ianya menjadi suatu kebiasaan. Hidup tidak boleh terlalu berkira dan rigid. Terlalu berkeras ibarat kasut yang menyakitkan apabila dipakai. Lama-lama akan timbul rasa bosan dan meradang. Kalau ada kasut baru, ia memang akan ditinggalkan. Kalau tak ada yang baru pun, rasa untuk membeli yang baru sentiasa bersarang.

Jadi ibarat tali kasut yang sedia mengikat, melonggarkan diri untuk memberi ruang tetapi sedia diikat kembali jika itu bermakna keselesaan, keserasian dan destinasi.

Ini adalah sebahagian kasut yang unik tapi tahap simple yang aku RASA nak pakai. Sume cantik & cute..ehee:-)


aku xpnah pakai kasut yg ada gmbr robot. tapi ni sangat nice, rasa nk pkai p maraton soping

sangat cantik,kasut untuk spy kot, boleh wat calling2..



macam sangat selesa je..macam sofa kan?


Bagi yang berbadan ringan boleh try.Need more balance..



wow.besnya boleh bawa main kejar2



wah..dah macam motorbike. Patut pakai masa mengejar pencuri



wow.so gojes & romantic,for dinner..



sambil jenjalan boleh dengar lagu

macam proton saga pun ada..he


kasut ni ada sayap ok! from adidas.. i believe i can fly~



so cute.siap ada aquarium lagi..



kasut ini boleh menjadikan anda sama tinggi cam kak Pah :-)


comey+canggih



i like this!tp xnak ada labah2 tu..takut!


Kasut boxing ni comey kan..ala2 kasut pakcik McD



No comments:

Post a Comment