Pages

Thursday, March 31, 2011

Trouble Is A Friend

Trouble he will find you, no matter where you go, oh oh No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh The eye of the storm or the cry in the morn, oh oh You're fine for a while but you start to lose control...

He's there in the dark He's there in my heart He waits in the wings He's gotta play a part

Trouble is a friend yeah trouble is a friend of mine Ah ooh...

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh He sees what I see and he knows what I know, oh oh So don't forget as you ease on down the road...

He's there in the dark He's there in my heart He waits in the wings He's gotta play a part

Trouble is a friend yeah trouble is a friend of mine oh oh

So don't be alarmed if he takes you by the arm I won't let him win but I'm a sucker for his charm Trouble is a friend yeah trouble is a friend of mine ah ooh

How I hate the way he makes me feel And how I try to make him leave, I try, oh oh I try.....

Wednesday, March 30, 2011

My lil sis ..Congrate 4 U !!!!!

Alhamdulillah...RASA bahagia n RASA sejuk hati bila akakku hantar sms berbaur kejayaan. Lebih kurang macam nilah sms dia "Alhamdulillah tikah dapat 7a spm". Aku pun apa lagi..really proud of u sis n sangat2 bersyukur..

Lepas solat aku sujud syukur dan alhamdulillah mungkin ada doa2ku dari kejauhan dimakbulkan. Doaku lebih kurang mcm ni la" Ya Allah berilah ketenangan dan petunjuk kepada adik2ku dalam pembelajaran dan peperiksaan. Kuatkan naluri mereka untuk menjawab dengan benar walaupun tidak mengetahui ilmu itu (maksudnya walaupun hentam ke goreng ke stil jawap ngan betul hehe). Berilah keupayaan dan minat yang bersungguh dalam hati mereka untuk mengejar ilmu. Jauhilah mereka daripada hati yang lemah dan kuatkanlah walau dalam apa pun keadaan sekeliling mereka".Amin.. Doa ni sejak aku degree lagi sampaila sekarang aku pohon untuk adik2 aku yang ada tiga orang seperti dalam gambar di bawah ni. .



Ok, sampai sini aje dulu..nanti story lagi.. (tengah malas)hehe

Story bout HearT via pictures

























Thursday, March 24, 2011

KasuT

Ok, hari ni nak cerita sikit bagaimana kasut boleh memberi motivasi kepada manusia, terutama dalam membina jiwa serasi yang ditulisan oleh Dr. Hm Tuah Iskandar.

Apabila kita mula memakai kasut baru, kita akan merasai satu kelainan. Ianya amat berbeza dengan kasut yang lama walaupun sebenarnya kasut itu telah rosak. Kita seakan-akan terpaksa memakai kasut yang baru walaupun kasut yang baru ini terasa agak sempit, apabila dibawa berjalan terasa seperti kaki kita sedang didera dan diseksa yang teramat sangat.

Namun begitu lama kelamaan kita merasa selesa pula dengan kasut berkenaan. Kita pun menjadi hairan bin ajaib kerana kasut yang dahulunya terasa sempit dihujung telah tiada kerana hujung kasut berkenaan sudah semakin kembang. Kini kasut baru berkenaan telah tiada beza lagi dengan kasut kita yang lama dahulu. Bagaimanakah ianya boleh terjadi sedemikian? Bagaimanakah kasut berkenaan boleh berkembang?

Rupa-rupanya apabila kita amati, bukan kasut itu yang berkembang atau kaki kita yang mengecil tetapi talinya yang semakin memberi. Dahulu sewaktu mula-mula kita memakainya, kita mengikat dengan kemas dan kejap, sesuai sebagai kasut baru, maka kita rasai beberapa keburukan, tetapi apabila selalu digunakan dan talinya semakin melonggar dan memberi, kesudahannya kita sudah dapat rasai keselesaan yang asal.

Begitulah KASUT bertoleransi dengan kita, untuk memberikan kita keselesaan dan keserasian. Ia melonggar dengan sendiri mengikut pergerakan kaki dan kekerapan ianya digunakan. Semakin kerap ianya digunakan semakin ia memahami keperluan kita dan kita pun semakin selesa dan terus selesa sehinggalah sampai masanya nanti kasut itu hendak dibuang kerana telah rosak, kita tetap berasa saying dan seperti tidak mempercayai akan dapat kasut yang cukup memahami seperti itu lagi.

Hidup ini begitulah, ibarat memakai kasut baru. Mula-mula menempuh alam baru pekerjaan, pelbagai ketidakselesaan akan dirasai, tetapi lama-lama nanti ianya menjadi suatu kebiasaan. Hidup tidak boleh terlalu berkira dan rigid. Terlalu berkeras ibarat kasut yang menyakitkan apabila dipakai. Lama-lama akan timbul rasa bosan dan meradang. Kalau ada kasut baru, ia memang akan ditinggalkan. Kalau tak ada yang baru pun, rasa untuk membeli yang baru sentiasa bersarang.

Jadi ibarat tali kasut yang sedia mengikat, melonggarkan diri untuk memberi ruang tetapi sedia diikat kembali jika itu bermakna keselesaan, keserasian dan destinasi.

Ini adalah sebahagian kasut yang unik tapi tahap simple yang aku RASA nak pakai. Sume cantik & cute..ehee:-)


aku xpnah pakai kasut yg ada gmbr robot. tapi ni sangat nice, rasa nk pkai p maraton soping

sangat cantik,kasut untuk spy kot, boleh wat calling2..



macam sangat selesa je..macam sofa kan?


Bagi yang berbadan ringan boleh try.Need more balance..



wow.besnya boleh bawa main kejar2



wah..dah macam motorbike. Patut pakai masa mengejar pencuri



wow.so gojes & romantic,for dinner..



sambil jenjalan boleh dengar lagu

macam proton saga pun ada..he


kasut ni ada sayap ok! from adidas.. i believe i can fly~



so cute.siap ada aquarium lagi..



kasut ini boleh menjadikan anda sama tinggi cam kak Pah :-)


comey+canggih



i like this!tp xnak ada labah2 tu..takut!


Kasut boxing ni comey kan..ala2 kasut pakcik McD



Monday, March 21, 2011

YANG COMEL

Siapa yang tak suka baby? Hanya pendera kanak-kanak saja tak suka baby kot…! Haiya, don’t do this at home..cian dorang.

Ada orang cakap aku ni bersifat keibuan. Yeke? iye kot.Tp mcm mn sifat keibuan yg sebenar yek? Aku ni pantang nampak baby tapi tak boleh main lama2 n cayang2 baby tu lama sbb t kalau mak dia amik aku sangat sedih sbb aku ni mudah sayang..N sejak tu aku wat keputusan xnak main2 sangat dah n baby orang. hehe. Aku jugak jenis yang susah nak marah budak2..kalau ada anak t cmne la nk jaga ek kalau anak wat salah..Takpe..aku ada cara tersendiri n biarlah rahsia dulu..yang penting tegurlah cara berhikmah dari dalam hati kecil.Baru teguran tu berkesan dan masuk dalam hati anak2 ye para ibu sekalian. Kalau anak2 ditegur dengan marah, kasar dan marah dengan nafsu semata-mata lambat sket la dapat efek ke budak2 dan kesannya tak berpanjangan.

Nak jaga baby pun ada step.. bermula dari dalam kandungan, penjagaan baru lahir, penjagaan 2 bulan ke atas dan seterusnya. Memang complicated juga la. Dan ada 3 perkara yang baru aku belajar (belajar dari kawan2 yang tengah pregnant ). 1)kata doktor bayi dalam kandungan kena bergerak sebanyak berapa kali tah dalam 10 jam, kalau kurang dari gerakan yang disasarkan takut nanti bayi tengah lemas. 2) ibu yang mengandung pun kena diet karbohidrat untuk kesihatan ibu dan baby. 3) Berdasarkan pengalaman ibu2 yang lain, ibu yang kuat melaram means baby yang dikandungnya perempuan. Ibu yang tak melaram dan jadi tak duduk diam (agresif) means baby yang dikandungnya lelaki. Ini semua berkaitan dengan hormon yang di bawa oleh ibu… Apa yg jadi depan mata fakta ni boleh pakai laa..ada kebenarannya..

Dari Dr. Fadhilah Kamsah ,Kajian mendapati bahawa memeluk bayi boleh mendatangkan ketenangan dan menyejukkan hati sesiapa sahaja.

sejuk perut ibu yang melahirkannya~

ermm..boringnyeee.lambat lagi ke nak balik rumah...?


"mari kawan2 kita baca Qur'an"


Nak tidur pun ayu gitu~

Look my lipz.So sexy! muahhh

kecil2 i pun pandai posing tau.jgn mare~

Best jugak kalau dapat anak kembar :-)

cute twin rite?

Baby duyung bersantai di tepian pantai~

Pengaruh cerita korea nie..Kalau boleh nk juga anak yg ala2 korean.kekeke