Pages

Sunday, April 24, 2011

RASA nak pakai abaya dah tertunai



opss..tembamnya

Sabtu lepas (9April2011) hajatku dah tertunai nak pakai abaya hitam merah ni. aku pakai sempena dengar seminar kat sunway apetah nama mall tu (lupa plak) tapi yg pasti kat penang ler. Abaya nie aku beli masa aku kerja sbg penyelidik dlu (tapi xdek la selidik ape sangat sbb aku ni jenis blur sket,ngeh3). Abaya nie special import from Jordan..so bagi aku mahal la jugak dgn price die memula rm350 lebih camtu. Tawar punya tawar ngan Kak Dina yg comey (owner butik abaya ni bagi aku price rm260 camtu kot). Tapi bagi aku berbaloi la ngan fabrik n labuci, warna & design dia tu. Yang lebih berbaloi n aku suka adalah dapat bayar 2x.ngeh2. yelah dalam kondisi aku sebagai pekerja sementara dan full time student layak la aku bayar 2x kan..hehe. Cuma abaya ni seswai untuk dibawa ke ofis, seminar, majlis makan2 yg formal jer. Kenapa tak seswai di bawa ke class? sebab kain merah & LABUCI die yang merah tu.hehe.. menyerlah kot. tak seswai..segan pun ada bila org pandang2, pegang2 n puji2..



Ni pulak jubah moden yang aku beli dari butik yang sama utk pakai masa konvo usm 2 tahun lepas.. Jubah ni aku beli sebab wane purple, nampak moden, kain selesa, tak jarang, warna & design yg cantik, corak bulat2 & tak nampak mak datin pun,xdek liplap2. kombinasi seswai sbg student pakai utk majlis formal. Yang paling best jubah nie aku beli jugak sebab ada model pakai dalam magazine wanita kot lalu tergeraklah hati ini untuk membelinya dan sebagai simpanan koleksiku. Price? erm..rm200 sumting camtu laa..lupa da bape rm..dan oder from KL.



* Kak Dina, saya promote butik akak nie. Nanti diskaun lagi byk yer utk saya.. :-)hehe
*Info butik : Terletak di Bukit Jambul, Penang. Tema butik : Menjual semua jenis abaya dari negara Arab dan Malaysia untuk majlis formal, santai dan pernikahan, juga ada baju kurung, selendang dan lain2 pakaian wanita. Nak tau lebih pm me ok ;-)





Kedai Kak Dina yang belum siap di susun

No comments:

Post a Comment