Pages

Sunday, December 18, 2011

Program Menurunkan Berat Badan 1~

Berpandukan tip-tip di bawah ni, saya cuba lakukan dalam minggu-minggu diet saya..Lets share!

*Kenali jenis badan terlebih dahulu sebelum berdiet!

Kenali dahulu punca anda mengalami berat badan… Berikut saya senaraikan punca saya mengalami kenaikan berat badan..huhu.. (untuk share takpe kot..)

1. Saya mengalami kenaikan badan mendadak selepas setahun duk study master. huhu. Aktiviti harian ialah pergi class dan balik class duk kat bilik jer. Keluar jarang sangat, bersenam apatah lagi.

2. So, bila banyak berada kat bilik, tak banyak aktiviti dibuat melainkan duk wat assigmnt, study apa yang patut dan menonton cerita-cerita yang ada.

3. So, setiap hari saya akan makan nasi 2x sehari pada waktu tgh hari pas balik class, n pastu waktu petang atau malam sikit ditemani dengan air2 manis yang sejuk cam milo ais dan sebagainya. hehe. Kadang-kadang tu rendam megi tom yam kalau x makan nasi waktu malam!

4. So hari demi hari..setahun pun sudah berlalu.. naik sudah 20KG!!! huh, baru perasan!!! Yelah.. Tenaga banyak tak digunakan..lama2 tenaga berkumpul dan bertukar menjadi lemak degil.

5. Semua perkara di atas menyebabkan berlakunya pengurangan metabolisme (pembakaran kalori/tenaga).

So…, solution … :

1. Saya kena kurangkan pengambilan kalori yang tinggi dari nasi dan makanan berminyak/berlemak..saya naik berat kerana makan nasi (karbohidrat tinggi) dan yang berlemak/berminyak seperti kuah kari/gulai,sup2 dan kulit ayam goreng(ngee sedap!). Saya memang jenis tak makan western sangat pun, makanan segera & tak makan kat luar sangat sebab tak berapa suka. Saya suka makanan kampung sahaja kat kedai2 luar. hehe. Minggu diet ni saya hanya makan nasi pada waktu tengah hari sahaja, nasi dalam kuantiti separuh (sesenduk) atau suku.Berbeza dengan waktu tidak diet, saya akan ambil nasi penuh maybe dalam 2 senduk atau lebih ckit bersamaan semangkuk nasi ayam/nasi goreng kot (huh, banyaknya!). Kemudian, lebihkan sayur dan ikan. Saya juga selalu order minuman manis dan sejuk sebab keadaan panas di luar kot..so kenalah kurangkan dari sekarang sebab penyumbang utama juga kepada kegemukan.

2. Saya kena banyakkan bersenam mulai sekarang supaya tenaga yang dah jadi lemak tu digunakan kembali untuk mengurangkan lemak2 yang ada. huhu.

3. Al-maklumlah dah lama tak beraktiviti mengeluarkan peluh dan menyimpan toksin serta lemak2 degil, so perkara pertama yang kena dilakukan ialah membuang toksin terlebih dahulu. Toksin ni menyebabkan metabolisme kita menjadi rendah dan menyukarkan proses penurunan berat badan, semua orang tak lepas lari dari toksin ni!

4. So, perkara yang perlu dibuat untuk membuang toksin ialah kena banyak minum air masak, kurangkan makanan berlemak (santan, kulit ayam goreng, sup2 daging /ayam yang berlemak dang berminyak), berminyak, minuman berkafein, yang manis2, yang berais, makanan berasid, dan berkimia (awet).

5. Tidak salah mengambil makanan tambahan untuk bantu membuang toksin dalam badan dan sekali gus dapat menurunkan berat sebab kita akan kenyang dan tidak perlu makan nasi atau yang lain2 dah. So, automatically dapat mengelak dari mengambil makanan berminyak/berlemak dan minuman manis. Biasa makanan tambahan ni adalah di minum.

6. Paling elok adalah banyakan BERPUASA!!! Ada orang cakap “kalau niat setakat nak diet baik tak payah puasa sebab tak ikhlas”. Tapi bagi saya, cuba positifkan diri kita berpuasa sunat untuk menjaga kesihatan seperti yang dituntutkan oleh Islam dan untuk meringankan badan supaya tidak bermalasan dan mudah mengantuk dalam berbuat ibadah seperti solat, belajar dan lain2. Malahan puasa juga dapat elakkan diri daripada lebih bernafsu dan membuat perkara-perkara yang melalaikan. Matlamat diet juga adalah untuk menjaga kesihatan supaya tidak diserang penyakit. Pendek kata, menjaga kesihatan juga adalah kerana Allah. InsyaAllah melalui kebiasaan berpuasa sunat/nazar ni akhirnya membuatkan diri kita lebih tenang dan rasa hampir kepada-Nya. Kemudian akan membuatkan kita menjadi lebih seikhlasnya untuk berpuasa untuk meraih pahala.

*Kenapa badan jenis susah nak turun berat?
: Sebab pertama terdapat banyak toksin dalam badan yang tak dikeluarkan. Toksin melambatkan pembakaran kalori dan memberatkan badan kerana sistem badan dipengaruhi oleh toksin-toksin ini (melambatkan pergerakan sistem badan). So kenalah buang toksin terlebih dahulu dengan cara banyakan minum air suam, cukup tidur, makan sayuran, buahan, susu, mengelakkan pengambilan minuman berkafein dan sebagainya. Toksin ni berpunca dari makanan yang banyak asid, udara yang kotor, makanan awet atau tinggi bahan kimia serta penghadaman yang tidak baik dan lain-lain. Kemudian perlu bayakkan bersenam supaya toksin juga keluar melalui sistem perpeluhan malah dapat memperbaiki sistem badan juga.

*Nak turun 1KG kena bakar 8000KALORI!
: Pembakaran 200 kalori sehari hanyalah untuk kekal kan berat badan yang sedia ada sahaja ok! Apa-apa hal pun memang kena kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kalori seperti nasi, gandum, burger, minuman gas/yang manis2 ayam goreng, kentang goreng dan lain2. Pengambilan kalori perlu bersesuaian dengan aktiviti/beban kerja seseorang. Cuba bayangkan dalam seminggu kita ambil 8000kcal (sehari 1000kcal lebih) makanan tanpa aktiviti berat, berkemungkinan dalam seminggu kita boleh naik 1kg pula.  

:  Patutlah, dah puas saya diet sebulan (kurangkan makan nasi dan kurangkan yang berlemak serta hari-hari bersenam 100-200kal menggunakan alatan gym (bersenam 40minit=100kal)), selepas sebulan baru turun 1kg secara tetap. Kemudian, bulan kedua pula badan sudah mula rasa ringan dan kerana di bulan pertama sudah berlaku pembuangan toksin dan pertambahan stamina badan. Bulan kedua dan seterusnya konsisten mengamalkan diet dan bersenam insya-Allah badan lagi akan mudah turun berat sebab metabolisme pun sudah semakin meningkat. Kawan terdekat juga ada mengalami situasi sebegini, selepas 1bulan baru turun berat walaupun dah kurang makan nasi dan kurangkan makanan segera serta mengamalkan senaman seminggu 2-3kali (30minit). Selepas 3-4 bulan baru nampak hasil penurunan yang lebih banyak/lebih cepat. Kebanyakan situasi ni dialami oleh orang perempuan sebab keadaan badan lelaki jauh lebih senang untuk menurunkan berat bergantung pada otot, stamina, metabolisme dan pergerakan/beban kerja masing-masing. Tapi ada juga golongan perempuan yang makan macam mana banyak pun kurus juga, tidak naik2..ini menunjukkan adanya perbezaan ke atas badan masing ok.

: Tapi jangan risau, coach fitness centre memberitahu saya bahawa dalam 2 minggu ke sebulan, walaupun berat badan tidak turun atau turun beberapa gram sahaja, jangan risau sebab ramai pelanggan yang mengikuti program diet ni berat belum masih mahu turun, hanya beberapa gram sahaja tetapi pengurangan ukuran saiz badan sudah mula menunjukkan penurunan beberapa centimeter. Kebiasaannya centre akan mencatatkan ukuran pada setiap minggu dan mengukur di bahagian dada, lengan, peha dan pinggang. Saya juga mengalami situasi sebegini, walaupun dah sebulan baru turun 1kg, tapi dalam masa berdiet dan bersenam selama seminggu ke dua minggu saya rasa badan sudah mula ringan dan baju sudah mula longgar sedikit. Bila badan ringan automatic saya akan jadi lebih rajin bangun tidur, lebih aktif dan kurang rasa mengantuk!

Tip seterusnya…

Pakar mengatakan:

* “biasanya badan kita perlukan sekurang-kurangnya 700kcal..baru la pembakaran lemak dapat berjalan dengan elok..so..tak perlu la nak diet sampai tak makan apa, mudah lesu/letih dan mcm2 lagi symptom.. nak makan apa pun xpe tapi maximum 1000...kcal sehari..boleh makan nasi..boleh makan makanan kesukaan kita..tapi yang penting plan/kawal diet kita secara teratur..serta buat senaman ringan agar dapat membantu menaikkan metabolisme badan kita..

(so dalam sehari saya masih boleh mengambil makanan kegemaran tapi kecilkan kuantiti dan selepas itu saya kira dan catat jenis makanan serta kalorinya dalam jadual agar dalam satu hari saya tidak mengambil lebih 1000kcal makanan. Saya cuba hadkan kepada 600-700kcal sahaja maximum). Ini lebih kepada berhati-hati, mengawal, merancang makanan dan nampak makanan yang diambil dalam satu minggu tersebut.

Tip berikutnya ialah…

JANGAN BUAT

1. Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi (ni pantang besar), roti, meehon, keow teow atau mee.

2. Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula/garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.

3. Jangan makan frozen food (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya.

4. Jangan atau kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh dan coklat kerana kafein melambatkan pembakaran lemak.

CUBA BUAT

1. Anda kena minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

2. Anda kena banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang berasaskan soya.

3. Anda dibolehkan untuk makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tapi ingat, jangan makan nasi atau roti!

4. Anda digalakkan bersenam setidak-tidaknya 30 minit sehari (berjalan kaki pun OK)

5. Sebelum tidur, katakan pada hati dan minda anda bahawa anda akan mengurangkan berat badan.

Sebelum tidur biasanya saya akan mindset terlebih dahulu…kata pada hati dan minda agar lebih tekad untuk diet dengan makan nasi suku sahaja pada waktu tengah hari, makan sayur lebih. Kemudian waktu petang dan malam dah tak boleh makan nasi atau makanan berat lain, cukup air suam dan biskut Jacob low-salt atau buah. Pastu, bersenam secara konsisten setiap hari pada waktu pagi/ lepas asar atau malam sikit selama 2jam.."