Pages

Tuesday, October 11, 2011

ERTI CINTA DAN PERKAHWINAN

Satu hari, amar bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya? Gurunya menjawab,"Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta". Amar pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun. Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"Amar menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut. Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya"Gurunya kemudian menjawab "Jadi itulah yang dikatakan cinta" .

Pada hari yang lain, Amar bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?"Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan". Amar pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?".Amar pun menjawab, "Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya". Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan itulah yang dikatakan perkahwinan"


Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..

Tuesday, October 4, 2011

Don't give up!!!

Allah SWT Mengetahui..

Ketahuilah olehmu sahabatku...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ...
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap...

Allah SWT TAHU

BUKAN SAJA-SAJA

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..

BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..

BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..

BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..

BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

... ...

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..

MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..

MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..

MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..

MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..

Ciri-ciri lelaki yang di cari.... :-)

Berikut adalah ciri-ciri lelaki yang di cari oleh wanita terhadap kaum lelaki...

1) Ada sifat-sifat seperti bapanya
-Kebanyakan kaum wanita sedikit sebanyak inginkan peneman hidupnya seperti bapanya juga. Ini bukan dari segi sifat fizikal seperti wajah atau bentuk badan. Tetapi lebih dari segi akhlak dan cara hidup. Sebagai contoh kerajinan bapanya, kekuatan dan ketabahan yang ada pada bapanya, cara didikan terhadap isteri dan anaknya, adanya sifat lembut seorang lelaki tapi masih tegas terhadap keluarga, boleh bertolak ansur , sifat pimpinan bapanya membuatkan wanita rasa dilindungi, disayangi, diambil berat dan sebagainya.. Ini kerana seseorang wanita itu sudah rasa selamat dari kecil sehingga dewasa di bawah jagaan dan naungan bapanya.. Ada juga wanita melihat cara bapanya melayan ibunya dengan baik dan inginkan lelaki seperti itu juga..ada juga wanita rasa takut kebarangkalian lepas kahwin tidak dapat jagaan dan pimpinan seperti yang bapanya beri ..Sebenarnya, bapa merupakan contoh yang paling dekat dan sangat mempengaruhi pemikiran dan kehidupan wanita.. Namun… ada juga sifat-sifat yang wanita tidak suka pada bapanya ada pada lelaki yang ingin dicari/bakal suaminya... ini lebih kepada perangai yang kurang baik/tidak baik. Contohnya, terlalu ego untuk membasuh pinggan di singki, apatah lagi nak mengangkat pinggan yang bersepah di atas meja, suka meletakkan baju bersepah-sepah, sukar untuk menolong isteri di dapur, terlalu garang, pemalas, tidak cukup solat, kaki perempuan, kaki judi atau kaki botol dan sebagainya.

2) Matang
Matang dari segi pemikiran dan emosi.
-mempunyai perancangan jangka pendek dan jangka panjang dalam kehidupan.
-mempunyai matlamat hidup di dunia dan akhirat.
-berfikiran terbuka dan berfikiran jauh.
-mampu menghuraikan/menerangkan sesuatu perkara atau keadaan dengan baik dan jelas.
-mempunyai pegangan/pendirian hidup.
-boleh berdikari
-boleh mengawal keadaan biarpun dalam tekanan, keletihan, keseronokan dan kemarahan.
-mampu menilai yang baik dan yang buruk dalam sesuatu perkara.
-tidak mengikut emosi seperti mudah menunjukkan kemarahan, mudah cemburu buta, mudah buruk sangka,  mudah melepaskan amarah dan sebagainya.
-tiada keyakinan
-tidak mudah meraih simpati orang lain dan tidak mengada-ngada.
-bijak berbelanja, tidak boros.

3) Berpelajaran
Wanita suka pada lelaki yang berpelajaran supaya dapat memberitahu dan membimbingnya dan anak-anak dalam agama, kehidupan, isu semasa dan mata pelajaran anak-anak. Lelaki yang berpelajaran biasanya akan dilihat berbeza dengan lelaki yang kurang berpelajaran kerana; lelaki berpelajaran dianggap lebih matang dan boleh berfikir dengan baik. Jadi tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang kurang baik seperti mat rempit dan lain-lain. Lelaki berpelajaran dilihat lebih menjamin masa depan. Pendek kata wanita suka pada lelaki yang bijak dan mampu untuk menjadi ketua keluarga..Lelaki berpelajaran tidak bermaksud ada degree, master dan phd..Sila fahami dengan lebih abstrak!

3) Romantik
Wanita suka lelaki romantik kerana rasa diri disayangi, dihargai dan dilayan dengan penuh lemah lembut. Lelaki romantik akan kelihatan lebih tenang dan secara langsung dapat menenangkan hati wanita lalu datanglah kebahagian rumah tangga. Romantik bagi wanita ialah… si suami menghadiahkan sesuatu seperti bunga, cincin, rantai, baju, selendang, perfume dan lain-lain pada hari-hari biasa untuk menghargai si isteri.. suami sanggup pada sesuatu masa masak makanan malam atau tengah hari… suami bawa isteri makan malam di tempat-tempat menarik walaupun tidak mahal…lelaki romantik juga seorang yang pandai menutur kata2 yang indah serta mendamaikan hati dan sebagainya.

4) Cukup solat dan dan boleh menjadi imam
Wanita berharap lelaki yang dipilih untuk menjadi teman hidupnya boleh menjadi imam dalam solat berjemaah di rumah dan boleh membaca doa dengan baik. Lelaki yang dipilih diharap dapat membimbing hidupnya dalam segala hal di dunia dan akhirat.

mmm...