Pages

Tuesday, October 4, 2011

Ciri-ciri lelaki yang di cari.... :-)

Berikut adalah ciri-ciri lelaki yang di cari oleh wanita terhadap kaum lelaki...

1) Ada sifat-sifat seperti bapanya
-Kebanyakan kaum wanita sedikit sebanyak inginkan peneman hidupnya seperti bapanya juga. Ini bukan dari segi sifat fizikal seperti wajah atau bentuk badan. Tetapi lebih dari segi akhlak dan cara hidup. Sebagai contoh kerajinan bapanya, kekuatan dan ketabahan yang ada pada bapanya, cara didikan terhadap isteri dan anaknya, adanya sifat lembut seorang lelaki tapi masih tegas terhadap keluarga, boleh bertolak ansur , sifat pimpinan bapanya membuatkan wanita rasa dilindungi, disayangi, diambil berat dan sebagainya.. Ini kerana seseorang wanita itu sudah rasa selamat dari kecil sehingga dewasa di bawah jagaan dan naungan bapanya.. Ada juga wanita melihat cara bapanya melayan ibunya dengan baik dan inginkan lelaki seperti itu juga..ada juga wanita rasa takut kebarangkalian lepas kahwin tidak dapat jagaan dan pimpinan seperti yang bapanya beri ..Sebenarnya, bapa merupakan contoh yang paling dekat dan sangat mempengaruhi pemikiran dan kehidupan wanita.. Namun… ada juga sifat-sifat yang wanita tidak suka pada bapanya ada pada lelaki yang ingin dicari/bakal suaminya... ini lebih kepada perangai yang kurang baik/tidak baik. Contohnya, terlalu ego untuk membasuh pinggan di singki, apatah lagi nak mengangkat pinggan yang bersepah di atas meja, suka meletakkan baju bersepah-sepah, sukar untuk menolong isteri di dapur, terlalu garang, pemalas, tidak cukup solat, kaki perempuan, kaki judi atau kaki botol dan sebagainya.

2) Matang
Matang dari segi pemikiran dan emosi.
-mempunyai perancangan jangka pendek dan jangka panjang dalam kehidupan.
-mempunyai matlamat hidup di dunia dan akhirat.
-berfikiran terbuka dan berfikiran jauh.
-mampu menghuraikan/menerangkan sesuatu perkara atau keadaan dengan baik dan jelas.
-mempunyai pegangan/pendirian hidup.
-boleh berdikari
-boleh mengawal keadaan biarpun dalam tekanan, keletihan, keseronokan dan kemarahan.
-mampu menilai yang baik dan yang buruk dalam sesuatu perkara.
-tidak mengikut emosi seperti mudah menunjukkan kemarahan, mudah cemburu buta, mudah buruk sangka,  mudah melepaskan amarah dan sebagainya.
-tiada keyakinan
-tidak mudah meraih simpati orang lain dan tidak mengada-ngada.
-bijak berbelanja, tidak boros.

3) Berpelajaran
Wanita suka pada lelaki yang berpelajaran supaya dapat memberitahu dan membimbingnya dan anak-anak dalam agama, kehidupan, isu semasa dan mata pelajaran anak-anak. Lelaki yang berpelajaran biasanya akan dilihat berbeza dengan lelaki yang kurang berpelajaran kerana; lelaki berpelajaran dianggap lebih matang dan boleh berfikir dengan baik. Jadi tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang kurang baik seperti mat rempit dan lain-lain. Lelaki berpelajaran dilihat lebih menjamin masa depan. Pendek kata wanita suka pada lelaki yang bijak dan mampu untuk menjadi ketua keluarga..Lelaki berpelajaran tidak bermaksud ada degree, master dan phd..Sila fahami dengan lebih abstrak!

3) Romantik
Wanita suka lelaki romantik kerana rasa diri disayangi, dihargai dan dilayan dengan penuh lemah lembut. Lelaki romantik akan kelihatan lebih tenang dan secara langsung dapat menenangkan hati wanita lalu datanglah kebahagian rumah tangga. Romantik bagi wanita ialah… si suami menghadiahkan sesuatu seperti bunga, cincin, rantai, baju, selendang, perfume dan lain-lain pada hari-hari biasa untuk menghargai si isteri.. suami sanggup pada sesuatu masa masak makanan malam atau tengah hari… suami bawa isteri makan malam di tempat-tempat menarik walaupun tidak mahal…lelaki romantik juga seorang yang pandai menutur kata2 yang indah serta mendamaikan hati dan sebagainya.

4) Cukup solat dan dan boleh menjadi imam
Wanita berharap lelaki yang dipilih untuk menjadi teman hidupnya boleh menjadi imam dalam solat berjemaah di rumah dan boleh membaca doa dengan baik. Lelaki yang dipilih diharap dapat membimbing hidupnya dalam segala hal di dunia dan akhirat.

mmm...

No comments:

Post a Comment