Pages

Monday, April 25, 2011

Antara Dua Cinta






Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Sunday, April 24, 2011

Musafir ke MEDAN

Pada 11 Mac 2011 yang lepas dengan selamatnya saya, para pensyarah dan kawan-kawan sealiran perjuangan sekalian telah sampai ke medan. Ini merupakan kali kedua saya menjejakkan kaki ke Medan dengan rombongan yang serupa. Matlamat rombongan ini mengadakan bengkel ilmu, menyebarkan ilmu, membentang kertas kerja dan melawat ke tempat tertentu dan membeli buku. Tempat yang dijejaki selama seminggu juga merupakan tempat2 sama yang seperti tahun-tahun sebelum ini.



Saya yang tengah membentangkan kertas kerja mengenai tadbir urus zakat di MAIWPKL



Menaiki boat untuk ke Pulau Samosir sambil dihiburkan adik2 ni.Pastu depa kutip rupiah kat semua penumpang




Barisan pensyarah dan student yang menyertai rombongan ini


Makan malam terakhir di medan, di rumah Ibu Latifah. Semua muka kekenyangan dan letih~


Bergambar dengan akak2 senior, teman2 ex-classmate dan junior

Di airport Medan, dah macam orang2 p haji kan sebab duk bersila & bersimpul.Lama tu nak tgu waktu berangkat ada la dua jam lebih kot..


Inilah hasil memancing di Pajak Ikan..tempat belibelah..hehe.Saratlah Air Asia




Ada lagi gambar ditempat2 menarik, tapi tak sempat n selalu terlupa nak ambil kat my fren..Takpe..lenkali upload lagi.InsyaAllah..

Sebelum ke Medan & sepanjang ke Medan saya cuba untuk ikhlaskan hati dan positifkan minda. Alhamdulillah keberatan untuk pergi diringankan oleh-Nya dengan memudahkan urusan dengan boleh mengikuti segala yang telah dijadualkan(kira tak liat la nak turut serta) dan merasa seronok.

Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan






oleh:Kenny Remy Martin

Maksud Masuk Syurga Sebab Rahmat Allah S.W.T

Alhamdulillah .. seorang ustaz telah menerangkan kepada saya dan hadirin yang lain dalam kelasnya tentang rahmat Allah yang sebelumnya saya tersalah faham maksudnya.

Maksud masuk syurga sebab rahmat Allah ialah seseorang itu masuk syurga bukan sebab amalan yang banyak dilakukannya. Sebagai contoh kisah seorang hamba Allah yang siang malamnya bertapa untuk beribadat kepada Allah sehingga Allah menyediakan buah untuk dipetiknya untuk makan. Setelah itu ia dimasukkan ke syurga bukan kerana amalannya, tapi kerana rahmat Allah semata2.(Sila cari untuk baca lebih lanjut sebab saya tak berapa ingat).


Kemudian dengan kisah seorang pelacur yang memberi minum seekor anjing masuk syurga kerana rahmat Allah..

Dalam satu hadith Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak akan masuk syurga seorang dari kamu disebabkan amalannya”. Para sahabat lantas bertanya: Termasuk kamu Ya Rasulallah?” Jawab baginda: “Ya, termasuk daku melainkan Allah melimpahi daku dengan rahmat dan kelebihanNya”.

Sungguh, amalan kita jikalau nak dibandingkan dengan syurga yang dijanjikan belum cukup untuk mendapatkan walau sebutir pasir yang terdapat di dalamnya. Bahkan jikalau hendak dibandingkan dengan nikmat-nikmat dunia pun, belum cukup untuk menebus sebahagian darinya. Nikmat penglihatan, pendengaran, makan, minum, hidup, bernafas, bergerak, bercakap dan lain2..

“Seandainya kamu mahu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak dapat menghitungnya”

Justeru, Rasulullah s.a.w menyatakan kepada kita bahawa kita tidak akan masuk syurga dengan amalan tetapi dengan rahmat Allah.

Cukuplah 2 kisah dan 1 hadith di atas menyebabkan saya tersalah tafsir maksudnya..Yang saya fahami kalau bukan kerana amalan kita masuk syurga melainkan rahmat Allah, tak payah lah kita menambah amalan2 baik, mengekalkan amalan2 baik, pendek kata terlalu menegak amar makruf nahi mungkar dan terlalu bersifat mahmudah dan beramal takwa setiap masa.

Tapi selepas saya fahami makna yang tersiratnya.. saya seperti terhantuk dan merasai diri sangat jahil, sangat hina dan sangat kerdil di Sisi-Nya..

Walaupun seseorang itu bukan masuk syurga bukan kerana amalannya tetapi sebab rahmat Allah, siapalah kita untuk mendapat rahmat-Nya jika telah mengetahui bahawa perkara ini salah perkara ini betul, yang ini halal yang itu haram kerana telah sampai Islam itu kepada kita namun kita masih melakukan perkara yang salah dan haram itu.Malahan tidak menambah baik amalan kita.

Rahmat untuk masuk ke syurga bukanlah senang untuk seseorang hamba dapat milikinya kerana untuk mendapat rahmat itu kita terlebih dahulu perlu terus-menerus mendekati-Nya dengan taat melalui amalan2 yang Islam ajar. Bukan senang kepada sesiapa yang menderhakai-Nya dengan mudah mendapat rahmat-Nya melainkan murka-Nya.

Pendek kata bagi mendapatkan rahmat Allah adalah dengan cara beribadah kepada-Nya. Melakukan ibadah pula perlu ikhlas kerana-Nya. Walaupun susah kadang2 untuk ikhlas tiada masalah kerana jika sudah berniat dan sentiasa dilakukan insyaAllah akan mendatangkan ikhlas kerana sudah terbiasa.

Hakikatnya, semua kita memang tidak layak masuk ke syurga Allah kecuali dengan rahmat Nya. Kita tak akan mampu ke syurga kerana amalan baik yang kita lakukan. Sebanyak manapun amalan baik kita, itu bukan sebab untuk kita layak masuk ke dalam syurga. Ini kerana mungkin amalan2 baik yang dilakukan itu kadang2 bercampur baur dengan riak, tidak ikhlas, menunjuk2, ada menyakiti hati orang lain, memutuskan tali persaudaraan, mengumpat, syirik kecil,amalan yang tidak berkualiti (tidak kusyuk), tidak mengamalkan ilmu yang diketahui, berhutang dan lain-lain..


Renung2kan dan selamat beramal...Semoga diberi kemenangan.Amin


Bila Ada RASA Negatif....

Aku nak share sedikit beberapa perkara yang aku lakukan bila ada RASA-RASA negatif yang menghinggapi dan menyulami hati dan minda ini.. Rasa2 negatif tu seperti stress, jiwa kacau, sad, rasa lonely dan lain2 yang tak best..


Perkara pertama yang aku buat ialah sabar & ingat Allah S.W.T dgn pelbagai cara seperti ngaji, membayangkan syurga dan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W, membaca blog agama dll...





Perkara kedua ialah keluar bersama my fren jenjalan tgk keadaan sekeliling, lihat kehidupan orang lain dan tgk2 barang jer (sebab tak RASA barang2 tu cantik walaupun sebelum2 nya tgk cantik.. )



Perkara ketiga ialah menangis sepuas-puasnya sampai tak nak nangis dah, kira puas la tu.he memang tenang la pas tu..rasa lega..



Perkara keempat ialah pergi bersenam sama ada sendiri or ngan my fren kat sekitar usm or hostel ni. Yang best sekitar hostel ku ada gym di taman n berbukit.





Perkara kelima ialah menonton running man yang best, kelakar n wat i RASA nak berlari bersama2 mereka.hee, menonton family outing yang juga kelakar, ada RASA kekeluargaan n wat i nak pergi ke tempat mereka, menonton cerita2 korea yang best, dan filem2 yang lain kat miss Sinar Permata (nama laptop)dan menonton TV.




Perkara keenam ialah search ceramah2 yang best terutama dari Ustaz Kazim Eliaz. Ustaz Kazim best, beliau cakap benda simple tapi sangat bermakna dan sangat penting, mudah di fahami dan terhibur dengan cara penyampaiannya yang bercampur seperti bersahaja, tegas, serius, lawak, dan lain2..


Perkara ketujuh ialah menelefon family and my closefrenz..


Perkara kelapan p kedai2 buku yang berhampiran untuk beli buku2 or majalah baru yang best or p library belek2 buku dan ambil aura belajar..semangat betul la pastu.



Perkara kesembilan ialah TIDUR..tidur tak kira masa n tempat kadang2 atas katil, kadang2 atas kerusi beralaskan buku2 dan laptop..Lepas bangun mmg hilang stress la..hehe. Sebab tu le aku ni makin kuat tidur sejak2 lanjut pelajaran nie. banyak stress banyak lak tidur..tidur pun da tak menentu. Ni memang tabiat yang kureng elok yang tengah aku cuba manage tapi selalu je fail..So bek aku ikut je arus.



Perkara kesepuluh ialah...aku mik mekap2 dalam simpanan aku dan mula merias2..hehehe.belajar mekap sendiri via bahan2 yg ada.Dari kecil sejak sekolah rendah lagi aku suka sangat bab2 nie.Yelah perempuankan..Aku tak reti mekap org, tapi bila org suh aku mekap kan je lah..Tapi sejak2 ni aku da kureng mekap cam dlu sebab menjaga.. Biarlah aku belajar sekarang untuk suami nanti(Ooooppsss)



Perkara kesebelas ialah BALIK KAMPUNG..inilas saat2 yang paling best sekali bila berbulan2 tak balik rumah..

Perkara kedua belas ialah MAKAN dengan kusyuk nyer..

Ok, ni antara perkara2 yang dilakukan untuk menghilangkan RASA-RASA negatif, ada lagi yang lain tapi nak simpan dulu..erm..Perkara2 ni takde la dilakukan serentak..ikut mudlah juga nak b buat yang mana dulu or yang kemudian..Seswailah ngan alasan BILA ADA RASA...

MINGGU YANG STRESS+HOT+BORING+SEDIKIT GIVE UP+LAZY = TIADA KEMAJUAN

Sekitar 2 minggu ni, hidupku sangat2 la stressnya, ditambah sedikit putus asa tak bertempat, malas, kurang sabar, serba tak kena dan macam2 lagi ler yang tak patutku RASA sebagai umat Islam. Tapi aku insan biasa lagi hina dan lemah, tak dapat lari ngan sume ni walau kuat mana pun aku makan bila stress.ngeh3

Kenapa sume ni TERJADI? ada la beberapa sebab yang tak boleh dielakkan dan walaupunku cube elak tetap datang jua..Tapi kata2 sokongan dari kawan2 n famili, dan demi impian jua dapat mengatasi kelemahan ini. Alhamdulillah. Tapi yang tak best nyer aku ni selalu merungut, kan tak baikkan..tapi sebenarnya bukan lebih kepada merungut..tapi lebih kepada meluahkan peRASAan and sharing to others. Disingkatkan cite aku nyatakan nape aku stress melalui gambar2 di bawah okey...



Ni sebahagian buku2 yang wat i stress ..Nak kena baca dari pelbagai aspek seperti politikal eko,tadbir urus dan zakat, nak kena paham jugak, nak kena sorot lagi.Lagi2 part b.i, nak kena cek kamus 1 by 1.Da dapat meaning pun aku kureng paham pulak die cakap ape. Salah translate lari lak falsafah die t..Sedangkan falsafah yang b.m pun aku still blur inikan pulak b.i yang power2 tu..Ni yang nk wat aku RASA nak masuk class b.i balik ni. Dah jumpa tempat yang dekat depan USM jer dan dapat diskaun lagi..bese ler.. hubby Kak Dina punya opis yg baru buka..suami istri bek ngan aku..Thanks..Alhamdulillah..

MYkad hilang 2minggu lepas kot, baru kelmarin aku peRASAn bila nak keluarkan duit dari bank BSN..da puas setengah bilik aku cari (yelah, setengah lagi part rumate aku ;-))..selongkar punya selongkar tak jumpa..Aku cuma pikir 3 perkara jer. 1) maybe hilang time aku ngah2 kalut kuar barang dari beg, so tercicir la kat mn2 samada kat Bukit Jambul ke tepi jalan raya ker, 2) aku da terbuang sama ngan plastik2 or ngan ketas2 dalam tong sampah luar bilik 3) kad pengenalan aku da jadi halimunan sebab aku tak RASA tercicir or terbuang.. Wallahualam..Aku ade cari kat tempat2 last aku p seperti klinik, library, butik, salun, tapi tadak pon. Oleh itu ngan tadek RASA nak cari lagi sebab da hilang idea.. aku RASA tiba masanya minggu depan aku kena p wat baru.adois lecehnye..

Ni Perkara yang seterusnya yang wat aku stress. Kenapa? sebab..pada 1 malam yang dingin, aku telah called my fren (k.Maz) suh tolong amik aku kat hostel sebab nak p beli tiket bus balik kampung.Aku pun siap2 la ngan tgu2 punya tgu selepas 15min camtu baru dia datang.Sebelum p terminal stop kat mesin atm dulu.Hadoiii..cucuk punya cucuk..mesin tu tendang keluar kad aku sebanyak 2x walaupun dengan penuh RASA yakin aku menekan No.PIN aku. RASA macam dah betul tapi nape salah plak?huhuhuk..Ngan muka blur dan jiwa yang kosong aku cakap ler kat my fren tadi masalah yang telah melanda. Akibatnya..aku terpaksa patah balik hostel ngan RASA sedikit kecewa sebab nak balik kampung keesokan harinya. Tapi. takdir mengatasi segalanya, sudah tertulis di Luh Mahfuz keesokan harinya dan sampai la malam ni (ahad 24/4/11) aku masih kena berada di Penang nie.. Baru tadi je dapat beli tiket..alhamdulillah, thank kak Maz.Luv u lah Kenapa masih di Penang? sebabnya esoknya p bank BSN nk kuar duit pakai bukui tak boleh sebab tadek i.c melainkan ada salinan i.c dari JPN. So aku pun blah la ngan muka tak puas hati, senyum masin dan tak banyak cakap. Hmm..Tak jadi nak guna skill wanita aku sebab yang teller tu pun wanita juga dan sebelah die ada polis bank..hehe.auwww



Ada lagi beberapa perkara yang wat aku geram dan lain2 RASA, maybe 1 day i'll write here ok ;-)


RASA nak pakai abaya dah tertunai



opss..tembamnya

Sabtu lepas (9April2011) hajatku dah tertunai nak pakai abaya hitam merah ni. aku pakai sempena dengar seminar kat sunway apetah nama mall tu (lupa plak) tapi yg pasti kat penang ler. Abaya nie aku beli masa aku kerja sbg penyelidik dlu (tapi xdek la selidik ape sangat sbb aku ni jenis blur sket,ngeh3). Abaya nie special import from Jordan..so bagi aku mahal la jugak dgn price die memula rm350 lebih camtu. Tawar punya tawar ngan Kak Dina yg comey (owner butik abaya ni bagi aku price rm260 camtu kot). Tapi bagi aku berbaloi la ngan fabrik n labuci, warna & design dia tu. Yang lebih berbaloi n aku suka adalah dapat bayar 2x.ngeh2. yelah dalam kondisi aku sebagai pekerja sementara dan full time student layak la aku bayar 2x kan..hehe. Cuma abaya ni seswai untuk dibawa ke ofis, seminar, majlis makan2 yg formal jer. Kenapa tak seswai di bawa ke class? sebab kain merah & LABUCI die yang merah tu.hehe.. menyerlah kot. tak seswai..segan pun ada bila org pandang2, pegang2 n puji2..



Ni pulak jubah moden yang aku beli dari butik yang sama utk pakai masa konvo usm 2 tahun lepas.. Jubah ni aku beli sebab wane purple, nampak moden, kain selesa, tak jarang, warna & design yg cantik, corak bulat2 & tak nampak mak datin pun,xdek liplap2. kombinasi seswai sbg student pakai utk majlis formal. Yang paling best jubah nie aku beli jugak sebab ada model pakai dalam magazine wanita kot lalu tergeraklah hati ini untuk membelinya dan sebagai simpanan koleksiku. Price? erm..rm200 sumting camtu laa..lupa da bape rm..dan oder from KL.



* Kak Dina, saya promote butik akak nie. Nanti diskaun lagi byk yer utk saya.. :-)hehe
*Info butik : Terletak di Bukit Jambul, Penang. Tema butik : Menjual semua jenis abaya dari negara Arab dan Malaysia untuk majlis formal, santai dan pernikahan, juga ada baju kurung, selendang dan lain2 pakaian wanita. Nak tau lebih pm me ok ;-)





Kedai Kak Dina yang belum siap di susun

Saturday, April 2, 2011

Mud : RASA Rindu Nak Pakai Abaya

Antara abaya yang simple tapi cantik...