Pages

Thursday, June 23, 2011

Adab Memudahkan Mendapat Ilmu


Assalamualaikum wbt...

Hari ni entry berkaitan mencari ilmu..

Tahun lepas saya sempat berjumpa seorang ustaz yang layak bergelar ulama.. Seperti biasa beliau mengenakan serban putih, jubah putih dan memakai tongkat. Nampak usianya seperti awal 70-an, tapi wajahnya nampak muda mungkin kerana dari hatinya lahir nur kebahagian. Yelah, orang beriman dan bertakwa ni kan selalunya tenang dalam apa pun keadaan, takdek la nak stress2 (macam aku)..hee kalau da stress kedut naik je kat dahi.. Dalam al-qur'an pun Allah berfirman orang yang bertakwa & beriman ni hati mereka sentiasa dalam kebahagiaan..Wajah ustaz ni pun pula cerah berseri2 dek terpancarnya cahaya keimanan dalam hatinya... Kalau tengok memang tenang & sejuk je hati kita..rasa semua masalah berat kita menjadi ringan... (Ini bukan statement untuk memuji tapi lebih kepada..."bilalah insan lemah dengan godaan dunia seperti aku nak jadi macam ustaz ni, ada cahaya keimanan, ada hati yang tenang n bahagia, tawaduk pulak tu"...

Semasa jumpa ustaz ni, saya sempat bersembang berkaitan pelajaran, kepayahan menulis tesis dan macam2 lagi.. Saya jumpa ustaz ni dengan kawan2 dan ada lagi la orang2 lain yang nak jumpa ustaz ni sebab nak berubat & nak tanya apa2  berkaitan agama dan kehidupan.. Ustaz ni setiap minggu ada bagi pengajian agama kat madrasah dia guna kitab apatah, dah lupa. Yang sempat saya pergi dua kelas jer yang berkaitan tajuk Tauhid dan pasal kejadian jin/syaitan.

Masa jumpa ustaz saya siap rakam n tulis note..lebih kurang sejam lebih kot bersembang..sebab apa2 yang dia cakap semuanya pasai ilmu agama dan ustaz ada juga bagi idea2 untuk tesis.. Yang saya nak share adalah berkaitan menulis tesis..Dalam menuntut ilmu ni & terutama sekali mengatasi masalah dalam menulis tesis, ustaz berpesan agar jangan lupa sentiasa berwirid dan berdoa kepada Allah serta amalkan membaca selawat kepada baginda S.A.W.

Ilmu itu adalah milik Allah. Bagi mendapat ilmu tersebut, hamba perlu kembali kepada Tuannya. Hamba disini ialah makhluk dan Tuan ialah Allah S.W.T yang telah mencipta makhluk tersebut. Oleh itu, hamba perlu kembali mencari Tuannya iaitu Allah dengan banyakkan berwirid dan berdoa. Kemudian, menyembah Allah S.W.T dengan penuh ikhlas dan iman. Melalui wirid, doa dan sembahan ini, makhluk akan mengenal Allah S.W.T, lantas makin dekat dengan-Nya. 

Wirid, doa dan solat ini boleh melahirkan pemikiran-pemikiran kerana pemikiran-pemikiran ini diwujudkan oleh Allah S.W.T. Selagi hamba itu tidak berjumpa atau kembali kepada Tuannya, selagi itulah pemikiran-pemikiran/ilmu/idea tidak boleh diwujudkan, yang ada hanyalah kesukaran. 

Bagi mengatasi masalah kurang idea ini, ustaz anjurkan mewiridkan asma Allah SWT  iaitu Ya 'Alim, Ya 'Aliyu atau Ya 'Azim sebanyak mungkin selepas isyak. Setiap asma Allah mempunyai fadhilat masing-masing dan Allah juga galakkan hamba-Nya untuk berdoa menggunakan mana-mana nama-Nya. Ya Rasyid dan Ya Hakim juga boleh diwiridkan untuk mendapat ilmu dan memohon agar Allah tunjukkan ilmu-ilmu baru dan memudahkan pemahaman kita. Selain itu jangan lupa solat hajat, buatlah beberapa rakaat yang terdaya,baca selawat dan doakan guru2 yang mengajar kita. Bagi selawat, selawat merupakan doa kepada kekasih Allah iaitu Rasulullah S.A.W, pintu kekasih Allah ini tidak tertutup, jadi setiap doa mudah termakbul dan insyaAllah tidak tertolak kerana rahmat terus mengalir antara Allah SWT (kerana Allah mendoakan/merahmati hamba2 yang berselawat), Hamba dan Rasulullah S.A.W (pemberi syafaat di akhirat).. owh, BETAPA INDAHNYA.

Hurm....walaupun ustaz da pesan setahun yang lepas, tapi ... sukar juga nak buat..

No comments:

Post a Comment