Pages

Friday, May 27, 2011

AKU TENGAH MEMPOSITIFKAN DIRI AKIBAT SETAHUN TELAH BERLALU

Time management .. sob..sob..sob..setahun dah berlalu..Petakan merah tu lah target aku dalam setahun. Namun terpaksa dianjakkan untuk tahun kedua. Tapi takpe..Aku boleh buat! senang je, mudah je! (cuba positif)
Setelah dua minggu lebih bercuti, kononnya mencari momentum, mendapat mud baru dan menghilangkan stress sebelum kembali menulis tesis, baru aku sedar bahawa betapa aku betul2 da habiskan setahun yakni 2 semester pengajianku di usm.. Woooo...frust tak dapat siapkan proposal..otoke?

Tapi takpe (positif2!)AKU BOLEH BUAT, AKU BOLEH BUAT, AKU BOLEH!!!! CHAIYOK.AJA2 FGHTING!!!!

Oleh itu tanpa melengahkan masa, setelah sampai ke bilik hostel, aku mula menulis, menulis dan menulis. Setelah dua hari ..yeayyyy dapat juga taip 8 pages. Satu perkembangan yang baik setelah singa dalam badan keluar menunjukkan bakat.hik3. Kali ni aku lebih yakin untuk menulis sebab sebelum dua minggu tu da jumpa supervisor dan dah ada panduan yang betul dan segala persoalan dah terjawap..betul2 aku da paham, walaupun aku tahu selepas ni ade je lagi benda yang aku tak paham.. Tapi, bak kata supervisor aku..Jangan jadikan tak paham tu sebagai alasan untuk tidak menulis... Arasso!

Sebenarnya sebelum ni aku pun menulis juga, tapi ikut panduan dan kefahaman sendiri..so faham2 la..banyak yang salah.. HUrm.. berbeza dgn master dulu, untuk PhD kali ni aku sangat takut untuk buat salah..sebab tu kot amik masa yang lama.. Tapi untuk setahun yang berlalu, aku tak menyesal sebab setahun tersebut tak berlalu begitu sahaja.Kenapa? Sebabnya dalam tempoh setahun tu ada tiga kertas kerja yang aku buat berkaitan tesis dan aku bentangkan dalam seminar..Kemudian setahun tersebut juga aku try nak paham 3 bidang yang aku tak pernah ambil sebelum ni, belajar sendiri2 pulak tu..so faham2 lah..Bila aku tak paham aku bertanya guru2 aku..tapi bila balik bilik kekeliruan melanda pula ditambah dengan kefahaman dari buku2 dan data yang aku dapat..huhuhu...Pendek kata ini adalah konflik dalaman.. Tapi tak pe..sebab setiap orang mempunyai persepsi sendiri. Apabila berkata mengenai persepsi, ia bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan sekeliling, umur seseorang, jantina, jawatan, matlamat hidup, agama,kaum dan sebagainya.. Berdasarkan faktor2 inilah persepsi dikeluarkan oleh seseorang ( cece..ni la ayat falsafah aku masa wat master dulu)hehe

Okey2..kembali kepada tesis..Bidang yang aku cuba terokai ialah governance, displin political-eco dan zakah..erm, nampak jer macam mudah kan..tapi Tuhan je yang tahu bagaimana aku menyelam dan terkapai2 dalam bidang ni awal2 dulu.hehee. Mula2 dulu aku pun anggap bidang ni remeh dan macam mudah dan macam tak best je dan macam tak penting pun untuk dikaji. Tapi selepas mula membaca, mengkaji, menulis kertas kerja, menulis proposal dan pergi seminar betapa alangkah susahnya (naik stress je hari2 sampai banyak kali give up, tapikan tak baik give up!)..Sob..Sob..Sob...Di seminar pula aku dapati ramai orang yang hebat.Otoke? Paling aku tak dapat lupa bile kena bentang dalam dewan conference yang besar dan mengecutkan perot. Sebab bese aku dapat bilik kecil jer.. Tapi takpe..sebab Allah ada untuk membantuku..dan keadaan sekeliling yang selalu memotivasikanku malahan sokongan keluarga, penyelia, pensyarah dan rakan2 yang lain membuatkan aku tak tertekan sgt dan rasa bersemangat juga untuk menerus dalam bidang akademik yang penuh mencabar ni..Thanks everyone. Sarange!

Dalam tempoh setahun tersebut juga aku tak menyesal ia berlalu sebab aku dah cuba try buat proposal dan kertas kerja...walaupun selalu salah or gagal menepati tajuk or objektif yang benar2 bersesuaian dengan tesis.. namun, kan kejayaan bermula dari bawah dan kerana kegagalan itulah kita berjaya akhirnya.betul x? Yup, it's true..insyaAllah..

Sebahagian buku governance, pol-eco dan zakah yang aku kena selami, dalami dan fahami..

 

Yeay..ni la 8 page bab 1 aku..Sarange lah!!! aku sangat sayang bab 1 ni like my child..hehe. Aku kena siapkan lagi lebih kurang 10pages ke 15 pages lagi untuk lengkap. Then, baru le hantar ke penyeliaku...

Okey .. dah tiba masa untuk sambung wat proposal tesis..jam didinding menunjukkan 10minit lagi jam 2 pagi.. Hope paling koman dapat 5 pages sehingga subuh ni..or tengah hari esok..

Jom motivasikan diri dengan 2 ayat yang Allah ajar nie.. HIDUPKU, IBADAHKU MATIKU KERANA ALLAH SWT...biar pun aku stress, dan hati aku selalu sakit, luka, tercalar dan letih akibat perbuatan2 manusia2 (aku pun pelik kenapa dalam laluan hidup aku, aku perlu bertemu dengan mereka2 tersebut), hurm, aku tahu itu adalah ujian..yang membuatkan aku dapat belajar tentang HASBUNALLAH WANI'MAL WAKIL..i like!

Pendek kata kita perlu positif dan bersangka baik ok! Semoga kita berjaya hadapi kehidupan.amin...


No comments:

Post a Comment