Pages

Tuesday, May 3, 2011

Ke Sekolah

Sabtu lepas sebelum hari buruh, sekolah adikku yang tak jauh dari rumah telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar..Bagi2 hadiah kat students dan guru2 cemerlang sambil diiringi dengan persembahan para pelajar. Macam biasalah ada dikir barat, puisi dan nyanyi2 skit. Diri ini telah menjejakkan kaki ke sekolah setelah sekian lama tak jejak, ada la kira-kira 6 tahun. Kali ni aku dan kakakku telah menjejakkan kaki ke sekolah atas alasan menemani adik yang nak ambil sijil n hadiah sempena SPM beliau yang dapat 7A.. memang terkejutlah juga sebab beliau takdeklah seorang yang study hard sangat..cuma maybe ada kehendak yang kuat & study smart kot..Beliau juga merupakan golongan pelajar tertinggi dalam result SPM. Yelah Luqman Hakim  mewakili  sekolah  dengan result 10A, result kedua tertinggi adalah 7A seramai 3 orang dan seterusnya 6A kebawah. 9A & 8A tiada. Tahniah ye adik2 yang berjaya.Semoga terus cekal. Adik-adik yang kurang berjaya jangan putus asa, cuba lagi di peluang akan datang..STPM la kot

Sekolah Kebangsaan Sungai Soi





Ex-Student yang menerima hadiah tgh duk ready


Persembahan puisi dan nanyaian 1 Malaysia


Dikir Barat


Pelajar lepasan SPM yang menerima hadiah dan sijil bergambar bersama-sama





Adik sapalah nie?


Banyak-banyak benda dalam dewan tersebut, benda nilah yang menarik perhatiaku dari jauh





No comments:

Post a Comment