Pages

Friday, July 1, 2011

Bila Darah Tidak Mahu Menerima Benda Asing..Mereka akan berperang bersunguh-sungguh..

Erm.... tengah mud seoul garden ni.. nak makan lala, sotong, ice cream, ayam coffee, daging, abc dan lain-lain makanan steamboat n bbq..

TAPI.... arghhhh.... alergi. Takkan nak p makan sayur jer kan. Boring laaa... kalau setakat sayur jer, bek oder jer kat kedai makan tepi jalan tu.. sup sayur campur..hehe.

Bila alergi, kulit jadi merah dan gatai naa..ini antara alergi yang ringan dan dah biasa berlaku

Sakit..huk2.. bengkak2 halus yang dikenali sebagai jururawat di muka.bisa mcm ni pun masih dalam alergi yang ringan..

Ni antara dua struktur kulitku akibat kealergian..tulah, makan lagik! Huhu... Dah sebulan berlalu, kesan alergi ni tak hilang lagi sejak makan di seoul garden di ioi mall lepas..  Bisanya masih ada..silap makan sikit naik lagi..Macam 3 bulan lagi je baru nak sembuh betul-betul, itupun kalau pantang makan..

Haiyo..kena pantang balik ni.. sebab raya kian menjelang..heheee...

Saya berdarah A, Anda?


Pendek kata, golongan darah A ni sangat sensitif, mudah alergi terhadap daging, dari jenis burung, seafood, makanan yang diawet dan dalam tin. Golongan darah A kena banyakkan ambil makanan dari sumber sayuran dan buahan jer...huhu.

Selain itu, darah saya juga tidak boleh menerima ubat panadol dan paracetamol lain..  "Beberapa reaksi alergi yang dilaporkan sering muncul antara lain : kemerahan pada kulit, gatal, bengkak, dan kesulitan bernafas/sesak", dipetik dalam http://www.blogdokter.net/2007/09/08/acetaminophen-paracetamol/. Biasalahkan dulu pening2, demam ubat-ubat nilah yang dicari untuk pulihkan kesihatan.. Tapi pas ambil, saya selalu mengalami bengkak-bengkak besar yang sangat sakit sebab bengkak muncul dari dalam, so macam bengkak2 tu menghimpit tulang..pastu badan terus jadi lemah mcm nak pengsan.. Selepas banyak kali terjadi, barulah tahu... saya alergi ubat-ubat demam ni..haiyoo..

*Bila darah tidak mahu menerima benda asing..antibody akan berperang bersunguh-sungguh demi mempertahankan wilayah mereka.. sob..sob..sob. Dahlah antibody saya dah tak kuat sejak disengat tebuan 8 tahun lepas..Lagilah, tersalah pegang je pun, kulit da gatai n nek merah..

*Akibat kealergian inilah, saya bukan jenis yang pergi merata-rata tempat untuk mencari makanan apa yang special dan yang paling sedap di sesuatu tempat, cukup makan apa yang ada dan cukup apa yang ada di depan mata.. Walaupun kekadang teringin nak tahu n explore pelbagai jenis makanan tapi, apa kan daya.. Ketakutan kealergian mengatasi segalanya..hehe.. Sebab saya jenis kalau dah suka sesuatu tu nanti banyak kali saya akan pergi lagi.. So, baik tak payah tahu n xpayah p terus demi kesihatan..heee..Kalau x, teringat je nanti.. (Sebenarnya paling takut ialah kulit jadi makin hodoh..hee).. Teringat masa dulu kawan pernah bagi saya rasa sushi..dari jenis nasi, macam pulut je, balut ngan rumpai laut.. pas makan sesuap je pun, mula dah rasa gatay tekak dan berjangkit kat bahagian lain..pastu bintik2 cam kena gigit nyamuk mula naik kat bahagian gatay2 tu..Pastu saya pun takut nak makan even bukan dari sumber haiwan..Mungkin bahan-bahannya seperti cuka kot sebab masam2 skit akibatkan saya alergi.. Nilah antara sebab saya malas, takut dan was-was nak cuba sesuatu makanan yang berbeza-beza terutama bukan makanan melayu sebab saya  tahu dah, kesudahannya adalah alergi. Bahan-bahan yang diproses seperti keropok ikn dll,belacan. daging cincang, naget, sosej, daging beger dan segala jenis bebola sangat sedap, tapi... saya kalau boleh elak, saya elak dari memakannya..sebab alergi lagi teruk dengan makanan seperti ini. sob sob sob...

*Akibat kealergian ni juga saya jadi sangat tak suka memasak.Jadi benci dan fed up dengan semua benda di dapur..Kalau saya dah benci dan fed up saya tak akan usik. Bila saya masak, saya akan masak pelbagai jenis lauk dan sayur walaupun tadek la sedap pun.. tapi dah bermain dengan ikan, sotong, ketam, ayam, daging, telur, sardin dan perencah2nya..paham2 jelah pastu mestilah duk merasa makanan sendirikan.. Rasa je pun, dah gatay2..Saya juga tak boleh makan dari masakan yang menggunakan minyak lama or sudah dua kali sudah guna untuk memasak.. huhu..Atau bahan2 yg telah diproses lama dan pembuatannya tidak bersih seperti serbuk lada or perencah masakan. Masih teringat, saya nak masak sayur pedas, masuk serbuk lada sikit.. bahan-bahan lain tidak dimasukkan lagi.. Baru je rasa sayur dan serbuk lada sulah tu terus nek alergi..hadoiii.. So, manalah saya tak trauma memasakkan? Pendek kata memang seksalah..  Cuma.. diusia begini, saya tengah terapkan mud suka memasak. Al-maklumlah orang perempuankan kenalah reti memasak..hik..untuk kebahagian masa depan..

*Akibat kealergian yang teruk sewaktu buat ijazah dulu.. saya rasa, satu sem juga saya jadi vegeterian.. memang trauma gila dengan haiwan-haiwan nih.. saya nampak haiwan tu macam musuh utama yang perlu saya elak.. Tahap vegeterian, setiap minggu saya minta mak kawan baik saya belikan tomato, timun dan lobak untuk saya, makan roti, biskut, kalau makan nasi pun sayur je dengan tempe atau tauhu..(makanan orang sakit)..  Saya banyak makan ulam-ulam sebab takut nak makan sayur yang sudah masak (bayangkanlah u all, i takut sampai mcm mn, sebab sayur yang di masak ada minyak dan ada campuran haiwan2, makan sup sayur pun alergi, yelah sup dia ada pati daging or ayam) sejak belajar di universiti dan duk asrama ni buat alergi saya makin teruk.. Yelah, banyak makan masakan orang lain..tak tahu cara masak macam mana..bersih o tak.. bahan-bahan macam mana..dan sebagainya.. Sehingga saya boleh tahu mana satu cafe atau kedai makan yang bersih dan yang kurang bersih..(dah macam alat scan virus pulak).. ahahahaha... Maybe ini satu kelebihan~

*Alergi ni merupakan sesuatu yang meletihkan, menyakitkan sebab bisa dan bengkak dalam badan terlebih dahulu n den baru muncul kat luar sehingga merosakkan struktur kulit dan sel-sel badan.. Paling tak dapat lupa masa raya 3 tahun yang lepas saya terlepas pantang, syok jer makan sup daging dan rendang daging..huhu, akibatnya saya telah ditimpa kecelakaan...hik, kecelakaan ke? Saya mula selsema sepanjang hari dan bersin sepanjang hari sampai penat asik duk bersin jer.. Yelah badan telah dapat mengesan virus dan xleh terima kenyataan akan kedatangan benda asing. Sob sob sob.. hari tu jugaklah saya demam..so tidur jelah sebab dah lemahkan, badan pula dah gatai2 n bengkak2..Paling syok bila saya alergi, abah akan p cari ubat gatai dan bagi saya, dia suh sapu kat kulit.. hee. Alergi ni ada kaitan juga dengan resdung (semua orang ada resdung), yang membezakan kuat or xkuat je.

~Nak cerita pasai alergi esok pun tak habis.. tapi kita kena positif.. ini adalah ujian..dan setiap kejadian ada hikmahnya.. Selama alergi ni ada dua orang cakap pada saya, susahlah alergi.. "dah hilang nikmat dunia"..huhu, saya tak menafikan kata-kata itu salah..cuma saya berfikir panjang dan mencari hikmahnya supaya menjadi orang yang positif dalam dunia ni.. Berikut saya nyatakan hikmah tersebut:

1) Allah nak mengajar saya erti kesabaran.. Setiap kesabaran ada pahalanya sama ada sabar dari memakan sesuatu dari sumber dunia ini atau bila dah makan, sakit pula..so, sabar dalam kesakitan malahan sakit dan sabar itu menghapuskan dosa-dosa kecil..Betul x? Harapan saya, InsyaAllah, nanti Allah akan gantikan dengan makanan yang lebih lazat di akhirat kelak yang tak dapat ditandingi..(w/pun tak layak masuk syurga, namun Allah tak akan menghampakan harapan hamba-hamba-Nya)

2) Sebagai cara Allah mendidik saya untuk mengawal nafsu makan. Faktor pemakanan ni menyebabkan seseorang (sayalah tu) mudah jatuh sakit, kegemukan, keras hati, jadi pemalas, berat beribadah dan membuat kerja-kerja lain, jadi pemarah, lembab berfikir, pembaziran dan berlebih-lebihan. Pendek kata dari pemakanan ini wujudnya penyakit rohani dan jasmani. Ubat untuk penyakit rohani dan jasmani ini menurut Firman-Nya;

….makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.. (al-A’raaf 7:31),

Al-Qurtubi memberi pendapat berkenaan ayat ini selepas menyebut yang makan berlebihan adalah makruh, dia menyebut tentang manfaat makan tidak berlebihan.
.…..Makan yang sedikit mempunyai banyak manfaat. Dari situ manusia menjadi manusia dengan ingatan yang lebih baik, pemahaman yang tajam, memerlukan tidur yang kurang dan ringan rohnya……

Berdasarkan pengalaman..benarlah semua penyakit berpunca dari makanan dan ubatnya ialah menjauhi makanan tersebut..hee..

Oklah...
Selamat berdiet secara sihat walafiat.. Ini hanyalah sebahagian kisah hidup yang nak dikongsi dengan yang sudi membaca~ ;-) 

HADAPI DENGAN TENANG..




No comments:

Post a Comment