Pages

Tuesday, September 20, 2011

Tip melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD


1) Memikirkan bidang yang benar-benar boleh menjadi kesukaan hati.. Kemudian pilih topik yang dirasakan mempunyai bahan atau data yang mudah didapati agar tidak menyukarkan sewaktu menulis tesis nanti..

2) Kecilkan topik, fokus dan khususkan dengan apa yang ingin dibincangkan dalam kajian nanti. Jangan lupa lakarkan skop dan batasan kajian supaya tidak melencong kepada perkara lain.

3) Sebab utama kajian dilakukan kerana adanya permasalahan yang ingin diteliti, difahami, dianalisis dan ingin diselesaikan. Oleh itu, pernyataan masalah (problem statement) haruslah benar-benar ada masalah.. Pastikan masalah itu relevan, mempunya bukti yang betul (ada data menunjukkan sesuatu perkara atau kejadian itu mempunyai masalah atau bertentangan dengan nilai). Pastikan juga penyataan masalah itu ada membawa kesan yang negatif kepada sesebuah institusi, masyarakat, agama atau sebagainya. Lagi bagus sekiranya isu semasa yang berpanjangan. Cuba elak daripada isu yang dirasa akan tidak dibincangkan lagi atau ketinggalan zaman.

4) Kerap kali berjumpa dengan penyelia utama supaya dapat berbincang secara mendalam kerana penyelia adalah guru kita dan sebagai panduan ke arah kajian kita. Pastikan sebelum berjumpa penyelia, bersiap sedialah dengan idea-idea serta nyatakan apa yang ingin dikaji dan jangan pergi dengan mengharap penyelia memberi semuanya.

5) Jangan terlalu memikirkan ingin membuat sesuatu topik atau kajian yang besar, payah dan diluar kemampuan. Cukup dengan bersederhana. Bersederhana ini supaya anda dapat bergraduasi dalam tempoh masa yang sepatutnya seperti dalam 2 tahun ke 3 tahun.

6) Banyak perbezaan pembelajaran antara sarjana muda, sarjana/master dan doktor falsafah.Ibaratnya masa sarjana muda kita pelajari secara umum tentang keseluruhan tubuh badan manusia. Di peringkat sarjana/master, kita pelajari secara umum dan khusus sedikit berkaitan sebahagian tubuh manusia iaitu tangan dan kaki manusia sahaja. Dalam doktor falsafah pembelajaran kita akan lebih fokus dan kecil lagi iaitu cukup belajar berkaitan telinga manusia sahaja. Ini kerana kita akan melakukan kajian secara lebih mendalam dan terperinci berkaitan telinga.

7) Menulislah...Tulis proposal anda walaupun dua ayat sehari. tulis apa sahaja idea yang ada, permulaan, jangan hiraukan lagi tentang struktur ayat, tatabahasa, ayat cantik atau tidak.. lontorkan dahulu idea yang ada supaya anda tidak mudah stress dan terhalang menulis kerana memikirkan struktur ayat pada hari tersebut. Kemudian, setelah esok atau tidak lama kemudian, semaklah kembali idea anda tersebut. Masa tersebut baiki mana-mana yang dirasakan perlu dibaiki, masa ini akan nampak kesalahan bahasa kita kerana anda berada dalam keadaan tenang dan tidak memikirkan idea yang lain.

8) Kerap kali hantar apa yang telah ditulis kepada penyelia untuk semakan supaya penulisan seterusnya ada panduan dan betul.

9) Dari awal set kan minda anda bahawa, pembaikian merupakan perkara utama dalam menulis tesis setelah disemak oleh penyelia. Tidak mustahil hanya bab satu yang mengandungi 20 hinga ke 40 mukasurat anda akan membaiki berpuluh-puluh kali.. sehinggalah penyelia rasa benar-benar terbaik.

10) Penyelia merupakan orang yang akan bersama kita sewaktu membentangkan proposal dan tesis nanti. Penyelia merupakan orang yang akan mempertahankan kajian kita kelak. Maka, pastikan anda sependapat dengan penyelia dalam kajian, usah ragu dengan penyelia kerana mereka lebih berpengalaman dan pakar dalam bidang kajian kita.

11) Pastikan anda menulis proposal/tesis mengikut teknikal yang telah ditetapkan oleh universiti masing-masing supaya tidak menyusahkan anda kelak untuk membaikinya. Teknikal juga mempunyai markah yang tersendiri dan sangat mempengaruhi markah anda. Contoh teknikal tersebut ialah margin, bibliografi, ejaan, tatabahasa dan sebagainya.

***ok, selamat maju jaya :-)

2 comments:

  1. kak sue...thnks 4 this info..sgt brguna utk saya yg sdg brjinak2 tuk cont stdy ni..

    ReplyDelete
  2. sama-sama..berkongsi hasil pengalaman je..nanti ada lagi akak share ye.. selamat menyambung..katne nak smbung 2?

    ReplyDelete